Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah
mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?”
tanya lelaki itu kepada Juha.
“Jubahku jatuh dari atas rumah.” jawab Juha.
"Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”
“Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan
jubah yang dipakaimu jatuh,
bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” kata Juha.
No comments:
Post a Comment