Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim,
menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam.
Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja
berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."
Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji
bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat.
Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya. Menurut riwayat, sebelum lelaki itu
memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat.
Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah
dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan
itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu
Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang
dikehendaki oleh Rasulullah itu." Maka setiap kali hatinya terdorong untk
berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu
nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati
kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala
pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya
berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku
telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku
bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya
di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya
lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut
hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia
telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan
oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah
menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
No comments:
Post a Comment