Kelahiran Muawiyah yang akan
menjadi orang besar sudah diramal oleh seorang tukang tilik di zaman jahiliyah.
Hindun bin Utbah ibu kepada Muawiyah pernah berkahwin dengan seorang lelaki
bernama Fakih bin Al-Mughirah sebelum berkahwin dengan Abu Sufyan. Fakih
seorang Arab yang sangat suka menerima tetamu, bahkan dia punya satu rumah
khusus yang disediakan untuk tetamu dan orang musafir. Rumah tersebut dibuka
siang dan malam dan boleh ditempati oleh tetamu dan musafir tanpa perlu meminta
izin terlebih dahulu.
Suatu
hari, rumah tetamu tersebut sedang kosong, maka Fakih membawa Hindun
beristirehat dan berbaring-baring di rumah tersebut. Sebentar kemudian Fakih
keluar untuk suatu keperluan dan Hindu tertidur di situ sementara menunggu
suaminya. Tiba-tiba datang seorang lelaki tetamu yang ingin beristirehat di
rumah tersebut dan masuk ke dalam, tapi dia melihat seorang perempuan sedang
tidur di dalamnya. Oleh kerana itu, dia segera keluar semula. Ketika lelaki
itu keluar, Fakih datang dan melihatnya. Kecurigaan pun timbul di dalam
hatinya, mukanya berubah menjadi merah. Fakih terus masuk dan menendang
isterinya yang sedang tidur. Hindun terkejut dan cuba
bangun dalam keadaan terhoyong-hayang.
"Ada
apa? Ada apa?" kata Hindun dalam keadaan gugup. Pertanyaannya tidak
dijawab, tiba-tiba Fakih telah bertanya dengan nada yang keras, "Siapa
lelaki yang bersamamu tadi?"
"Lelaki?
Mana ada...aku tidak melihat sesiapa, aku tidur dan baru terjaga setelah dikejutkan
oleh engkau..." jawab Hindun.
Al-Fakih
terus menuduh, tapi Hindun terus mempertahankan kejujurannya. Maka
terjadilah perang mulut di antara kedua-dua suami isteri itu.
"Baliklah
engkau kepada keluargamu." kata Fakih menghalau Hindun. Hindun terus
bingkas dan balik ke rumah ayahnya. Sementara orang ramai memperkatakan mereka
dari mulut ke mulut sehingga terdengar juga oleh Utbah, ayah Hindun.
"Wahai
anakku, sesungguhnya orang ramai telah saling memperkatakan engkau. Maka
hendaklah engkau ceritakan kepadaku perkara yang sebenarnya. Jika lelaki yang dimaksudkan
itu benarbenar ada, aku akan mengutus orang untuk membunuhnya, agar cerita itu
lenyap. Sebaliknya jika berita itu bohong aku akan bertahkim kepada tukang
tilik di Yaman." kata Utbah kepada Hindun.
Hindun
bersumpah kepada ayahnya bahawa berita itu tidak pernah ada, dia tidak pernah
berlaku curang dan tidak pernah mengkhianati suaminya. Berdasarkan keterangan
Hindun itu, Utbah memanggil Fakih dan berkata: "Engkau telah menuduh anakku
dengan tuduhan yang besar. Oleh kerana itu aku akan ajak engkau agar bertahkim
kepada tukang tilik di Yaman."
"Boleh,"
jawab Fakih.
Pada hari
yang telah ditetapkan, Fakih berangkat ke Yaman bersama sejumlah kaum
keluarganya dari Bani Makhzum, sementara Utbah dan Hindun berangkat bersama
sekumpulan kaum keluarganya dari Banu Abdi Manaf. Apabila hampir sampai ke
tempah bomoh yg di tuju, tibatiba wajah Hindun berubah menjadi pucat seperti
orang ketakutan.
"Wahai
anakku, mengapa keadaanmu tiba-tiba berubah seperti ketakutan? Ini pasti ada
sesuatu yang engkau rahsiakan. Ayuh cakap terus terang aja." kata Utbah
kepada Hindun.
"Wahai
ayahku, demi Allah, aku tidak menyimpan apa-apa rahsia yang ditakuti. Tapi aku
tahu bahawa engkau akan datang keapda seorang manusia tukang ramal, yang
kadang-kadang salah dan kadang-kadang benar. Aku merasa tidak aman, khuatir
tekaannya salah, maka aku akan menjadi umpatan dan cacian bangsa
Arab." jawab Hindun.
"Jangan
khuatir wahai anakku, aku akan menguji ahli nujum itu terlebih dahulu sebelum
menilik dirimu, sama ada dia betul tahu atau hanya sekadar meneka-neka."
kata Utbah. Utbah
ingin mengetahui sama ada tukang tilik it betul-betul mahir atau hanya sekadar
menekaneka. Sebelum
dia masuk ke rumah si ahli nujum, Utbah mengambil sebiji gandum lalu disorokkan
ke bawah pelana kudanya. Kemudian rombongan itu masuk ke rumah tok nujum dan disambut
dengan gembira dan penuh kehormatan.
"Wahai
tok nujum, aku datang kepadamu untuk suatu urusan. Sebelumnya aku telah menyorokkan
sesuatu untuk mengujimu, cuba sebutkan apa itu?" kata Utbah.
"Hahaha....Engkau
hanya menyorokkan sebiji bijiran sahaja." kata si tukang tilik.
"Aku
ingin engkau terangkan lebih jelas." pinta Utbah.
"Bijiran
itu adalah sebiji bijiran gandum yang ada dicelah-celah pelana kudamu. Betul
tak?" kata si tukang tilik.
"Engkau
betul." kata Utbah. Utbah sangat kagum akan kepandaian si tukang tilik
itu, maka dia pun yakin dapat meneka keadaan Hindun dengan tepat.
"Nah
sekarang, terangkan keadaan perempuan-perempuan itu." kata Utbah sambil
menunjuk kepada perempuan-perempuan yang terdiri dari Banu Makhzum dan Bani
Abdi Manaf itu.
Tukang
tilik bangkit dan menghampiri perempuan-perempuan yang duduk bersimpuh di situ
lalu ditepuk bahunya satu-satu persatu sambil berkata: "Bangun..!"
setiap kali menepuk bahu seorang di antara mereka. Apabila tiba giliran Hindun,
tukang tilik menepuk bahunya sambil berkata: "Bangun...! Tidak buruk dan
tidak penzina. Dia bakal melahirkan seorang raja yang bernama Muawiyah."
Al-Fakih
yang menyaksikan demonstrasi ahli nujum itu sejak tadi, sangat gembira apabila mendengar
tentang isterinya. Dia segera menghampiri Hindun lalu dipegang tangannya dengan
mesra. Tapi, tiba-tiba Hindun menarik tangannya dari genggaman suaminya itu
dengan kasar.
"Mengapa
pula engkau ini?" tanya Fakih dengan terkejut.
"Berambuslah
engkau dari sini. Demi Allah aku ingin anak itu lahir dengan seorang lelaki
selain engkau." kata Hindun lalu pergi meninggalkan Fakih. Seterusnya,
Hindun pergi kepada ayahnya sambil berkata: "Wahai ayahku, sekarang akulah
yang memiliki diriku sendiri. Oleh kerana itu, janganlah engkau kahwinkan aku
dengan lelaki tanpa persetujuanku."
Fakih
sangat menyesal kerana terlalu cemburu buta. Kemudian Hindun
berkahwin dengan Abu Sufyan atas pilihannya sendiri. Pasangan itu melahirkan
ramai anak yang seorang di antaranya bernama Muawiyah yang kemudian menjadi
pengasa dan Raja Daulat Bani Umayyah yang pertama. Rupanya tindakan
cemburu buta Fakih mengandungi hikmah besar bagi Abu Sufyan. Dia dapat
isteri hebat dan menjadi ayah kepada orang besar.
No comments:
Post a Comment